C.I.N.T.A ~~~ ^__^"v

assalamualaikum
hye
lamanya tak mengarang dalam blog ini...biasalah sibuk sangat dengan kerja-kerja harian sebagai seorang pelajar...hihihi
emmm topik kali ni memang aku kira menarik...sebab kebanyakan orang zaman sekarang ni pasti pernah merasakannya
tapi apa yang aku nak kongsikan lain sikit...

zaman sekarang nilah aku tengok semua orang asyik sibuk mencari cinta dunia...sampaikan kita lupa cinta yang pada Yang Agong(Allah)...
kadang-kadang aku rasa macam kelakar pulak tengok orang-orang sekeliling aku yang sedang asyik bercinta ni...ada yang sampai boleh nangis-nangis hanya kerana kekasih hati yang belum tentu pun akan hidup bersama...ada pulak tu yang boleh hilang selera makan sebab rindu sangat dekat buah hati tu...ada yang sanggup tinggal atau berkurang ajar dengan keluarga sendiri hanya kerana cinta yang dianggap "cinta agung" atau "cinta suci"...dan yang paling teruk sekali...ada pulak yang sanggup bergadai maruah hanya kerana ingin membuktikan cinta mereka itu benar...tapi untuk apa semua itu?adakah anda benar-benar rasa atau percaya yang cinta anda itu betul?apa yang aku boleh cakap...cinta suci memang wujud dalam dunia ini...tapi untuk melihatnya sendiri amatlah payah...kerana rata-rata cinta pada zaman ini telah dicemari dengan nafsu semata-mata...

aku amat menyokong kata-kata En. Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya yang berjudul Tentang Cinta..."Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah!"...melalui ayat ini apa yang aku dapat katakan disini adalah...cinta kita WAJIB bermula dengan mencintai Allah...aku tidak menyatakan bercouple atau bercinta itu salah...tetapi orang yang bercouple dan orang yang bercinta itu membuatkan perkara itu menjadi salah kerana itu adalah fitrah manusia untuk bercinta antara lelaki dan perempuan...tapi apakah anda yakin bahawa sepanjang anda bercouple mahupun bercinta anda tidak membuat apa-apa maksiat?bagaimana pula dengan maksiat mata?atau pun zina hati?
jawapan sentiasa berada didepan mata kita tetapi kita yang menidakkan jawapan itu kerana mata kita sudah dikaburi oleh cinta dunia ini...aku juga pernah bercinta sebelum ini...dan tipulah jika aku menyatakan yang sepanjang aku bercouple atau bercinta aku tidak melakukan perbuatan-perbuatan terlarang...

akan tetapi minggu lepas aku telah terpanggil untuk menghadiri satu kursus selama 2 hari (sabtu & ahad)...didalam kursus ini mereka telah membuka minda aku agar melihat sendiri...dengan siapakah manusia rindu selama ini...cinta siapakah yang kita cari selama ini...setelah mengatahui jawapannya aku berasa amat bersalah kerana selama aku hidup dimuka bumi ini aku hanya mengejar cinta dunia semata-mata...kerana cinta dunia ini tidak akan pernah memuaskan hati aku...tetapi kini baru aku sedari...cinta kepada Allahlah cinta yang paling Agung dan Suci...pada mulanya aku tidak mahu menerima kenyataan ini...tetapi selepas difikirkan balik...Allah itu tidak pernah sekali pun melupakan hamba-hambaNya...cuma kita yang selalu melupakan nya...sebagai contoh, udara...didalam udara terdapat oxygen yang seperti kita sedia maklum manusia memerlukannya dan tanpanya manusia akan mati...dan juga rezeki yang diturunkan kepada kita diatas muka bumi ini...tapi kenapa kita masih lagi sibuk mencari cinta dunia ini?butakah kita atau kita hanya membutakan mata kita kerana asyik terpandang akan cinta dunia?

beberapa hari yang lepas aku ada mengubah status Facebook aku...dari in and out relationship kepada in relationship...rata-rata hanya menyatakan bahawa aku bercinta dengan manusia...tidak ada seorang pun yang menyatakan cinta kepada Allah...mungkin mereka hanya tertumpu pada cinta dunia ataupun perwatakan aku tidak menunjukkan bahawa aku seorang pencinta Allah...tapi aku tidak mahu amik kisah semua itu...kerana apa yang aku tahu...aku berdoa pada Allah...perkuatkan cintaku padaMu...Kau kekasih awal dan akhir...apa-apa pun aku berharap sangat-sangat kepada mereka-mereka yang diluar sana...cubalah buka mata...buka minda anda untuk mencari cinta yang sebenar...insyaAllah anda akan bertemu cintamu yang sejati...

rasanya sampai disini saja bebelan aku untuk kali ini...semoga kita ketemu lagi selimutku
^__^"v

assalamualaikum

The s3LimuTkU...

Actually this blog is about my other side of life...the one that all of you don't see everydays...so just enjoy it and hope that this piece of @#$% that I wrote will bring your life a bit happier... ^__^"v

^__^"v

m3 n 0nLy m3

My Photo
s3LimuTku
fun+suck+happiness+stressful=my life ^_^"v
View my complete profile
s3LiMuTkU. Powered by Blogger.