mainan mimpi...

assalamualaikum,

perh rasa seram+sedih yang teramat sangat bila mengenangkan mimpi yang aku alami kelmarin(29/01/2011)...
apa yang aku ingat dalam mimpi tu
aku sedar dari tidur dan kelihatan semua orang berkumpul disekelilingku
aku tidak tahu apa yang sedang terjadi sebelum itu
tapi apa yang aku tahu mereka yang ada ditempat itu semuanya sedang menangis atas sebab yang tidak aku tahu...
selepas mengamati muka setiap mereka yang hadir
aku didatangi oleh seorang lelaki...oh Nur Hafiz rupanya
dia yang sedari tadi menangis datang kepadaku
dan meminta maaf atas segala salah beliau terhadapku...walaupunku tahu yang beliau tidak pernah pun menyakitkan hatiku ni...belum sempat kami bermaaf-maafan, aku didatangi oleh seorang lelaki lagi...
Ibrahim Khalil rupanya...sebaik saja dia mendekati kami...dia turut menangis dan seraya dengan itu kami bertiga menangis sekali...tapi aku tidak tahu sebab sebenar mereka menangis...yang pasti tangisanku pada saat itu adalah disebabkan mereka menangis dan telah membuat aku berasa sedih...
setelah kami menangis buat seketika...mereka meminta diri untuk pulang...disaat itu kelibat mereka semakin lama semakin pudar...aku terdiam seketika...beberapa saat kemudian aku didatangi oleh sekumpulan orang yang aku agak rapat juga...oh rupanya Megat,Adha,Ezaz,Faisal dan Asyraf...mereka juga turut bersedih sebaik saja datang menghampiriku...aku masih tidak tahu kenapa dan apakah puncanya mereka semua berasa sedih...terasa berat sekali mulut aku ni nak bertanyakan kenapa...apa yang aku ingat pesanan mereka kepadaku sebelum mereka bereda pergi ialah "...fydo jaga diri elok-elok ya,kita orang kene pergi dulu. Kami akan sentiasa doakan keselamatan kau". Boleh tak sesiapa yang ada disini bagi tahu aku apa sebenarnya yang dah jadi ni?..hati aku mula menjerit kerisauan...kemudian datanglah family aku...dan disaat mereka datang menghampiriku aku jadi berani untuk bertanyakan seribu satu soalan yang terbuku dalam kepala aku ni...aku ingat dengan jelasnya apa yang ayah dan ibu aku cakap ketika itu..."angah sakit...dan sekarang ni angah ada dekat hospital...angah dah lama tak jumpa doktor jadi doktor tak tahu yang sebenarnya angah punya penyakit dah masuk ke perigkat critical jadi sekarang angah kene duduk dalam hopital ni supaya senang doktor nak perhatikan angah...". Disaat inilah aku rasa sedih yang teramat sangat, aku meraung-raung dan terus menangis sebab tidak sempat untuk berjumpa dengan semua kenalanku untuk meminta maaf dari mereka...sebaik saja mereka menenangkanku mereka mencium dan memelukku dengan erat sekali...selepas itu mereka pun beredar dari situ dan berjanji akan datang lagi pada keesokkan harinya...tapi hatiku berkata "apakah ada lagi esok hari?"
beberapa minit aku tinggal seorang didalam bilik yang agak luas...aku didatangi oleh sekumpulan lelaki...syukur Alhamdulillah datang juga kawan-kawan aku ni...Khaid,Khairi dan Afiq...tapi aku tidak nampak Neo dan Haikal...barangkali mereka sibuk...tetapi aku tetap bersyukur kerana Allah memberiku peluang untuk bertemu dengan mereka...aku menceritakan segala-galanya dan mereka juga berasa sedih...lama juga mereka berada disitu bersembang denganku bagi kekuatan kepadaku...tapi jauh disudut hati hanya aku dan Allah saja yang tahu...nurse yang bertugas datang kebilikku dan meminta mereka untuk beredar...saat itu aku berasa sedih untuk melepaskan mereka pulang kerana tidak tahu bilakan lagi aku boleh berjumpa dengan mereka...tetapi keadaan tidak mengizinkan mereka untuk tinggal disitu...aku terpaksa merelakan permegiaan mereka....
aku kembali keseorangan...aku menangis dan terus menangis...memikirkan wajah-wajah kawan-kawanku serta kenalan-kenalanku di merata-rata tempat...tetapi mengapakah mereka tidak hadir disaat genting sebegini...tapi aku tidak boleh salahkan mereka...mungkin bagi mereka aku ni tidak sepenting mana atau mereka sibuk dengan urus mereka masing-masing...aku terus menangis dan menangis...dan bila aku buka mata aku aku lihat Momo(anak patung) betul-betul dicelah kakiku...dan aku lihat bantalku basah lencun kerana air mataku...dalam keadaan aku yang sedang menangis ni aku gagahkan diri bangun dan terus mengambil air sembahyang dan bersyukur kepadaNya kerana kejadian yang aku alami sebentar tadi cumalah mainan mimpi...tetapi ianya tetap membawa seribu satu pengajaran bagi diriku...

syukur ianya sekadar mimpi selimutku

assalamualaikum

bout me...I'm just a person part 2

assalamualikum,

hi semua
apa khabar sihat?
lamanya tak update blog
lately sibuk sikit dengan kerja

now aku nak continue pasal siapa aku sebenarnya
so that semua orang boleh kenal aku lebih rapat
bak kata perpatah
"tak kenal maka tak cinta"
hihihi

emmm
secara jujurnya aku ni seorang yang sangat sensitif
kira jenis yang cepat touchinglah ni
hahaha
cepat tersentuh dengan sesuatu perkara
kadang-kadang orang lain tak rasa sedih pun dengan perkara tu
tapi aku dah tangkap leleh dah
nak buat macam mana kan dah dilahirkan sebegini rupa
aku redha sajalah

tapi tu dulu
sekarang ni aku dah agak berubah sikitlah
contohnya dalam bab touching-touching ni
sebab aku nak jadi seorang yang happy go-lucky saja
ada masalah pun tak nak tunjuk dekat orang
kenapa aku memilih untuk jadi macam ni?
sebab keadaan yang ubah aku sebegini
tapi aku tak adalah nak salahkan pada keadaan saja...
aku dulu kalau tak ada orang lain sebagai tempat bergantung/mengadu masalah kira dah tamatlah riwayat...

tapi biasalah dalam dunia ni...tak semua orang tu baik
kadang-kadang kawan tikam kawan pun ada dalam dunia ni
dan dalam kes aku kira aku kenelah benda yang kawan tikam kawan ni
kita jadikan dia tempat kita kongsi rahsia-rahsia kita
tapi sebaliknya kawan yang pada mulanya dipercayai ni tadi
membongkarkan rahsia kita pulak pada orang lain
tidak kisahlah apa pun alasannya...tapi bagi aku kalau benda tu dah diiktirafkan sebagai RAHSIA
tak gunalah kalau kita bagi tahu pada semua orang
kerana kalau semua orang dah tahu benda yang dirahsiakan itu kira tak gunalah kita berahsia...

tapi dari pada aku marah-marah
sebaliknya aku forget & forgive saja
buat apa nak gaduh-gaduh sebab benda-benda macam tu
dan sepatutnya aku berterima kasih pada kawan aku n
sebab dari dialah aku belajar jangan terlalu percayakan seseorang itu
dan hasilnya jadilah selimutku,fydo dan epit...
kerana bagi aku tak ada sapa yang paham diri aku melainkan diri aku dan Allah saja
aku berubah mengikut keadaan...dan aku rasa selagi aku tak susahkan sesiapa that's meant it's ok...

ujian datang lagi
aku diuji dengan benda yang sama
tapi kali ni aku berada di Universiti
aku agak lama berkawan dengan dia
jadi aku amik risiko dengan percayakan seseorang selepas kejadian yang lepas
aku rasa mungkin ada orang yang baik dan boleh dipercayai
tapi ternyata aku salah salah lagi
rupanya dia pun macam kawan aku yang lepas
asyik kene saja aku ni
mungkin memang dah tak ada dah orang yang betul-betul boleh dipercayai

emmm
nampaknya aku kene buat part 3 la pulak lepas ni
sebab banyak lagi yang aku perlu cerita...
tapi aku ada kelas la pulak
kalau Allah mengizinkan malam ni aku akan sambung balik...insyaAllah

jadi sampai sini sajalah jawabnya
semoga kita ketemu lagi selimutku

assalamualaikum,

^__^"v

3 saja benda yang aku ingin lakukan ^__^"v

Assalamualaikum,

wow lamalah juga rasanya tak mengarang dekat sini...
hihihi biasa la sibuk sikit dengan kem dan kerja MPP lagi
letih sangat-sangat tapi tetap ada masa untuk DOTA
hahaha

sebenarnya saja aku biarkan diri ni macam sibuk
sebab malas nak fikir pasal masalah-masalah yang datang...
aku pun macam manusia lain jugak
nak hidup bahagia nak enjoy nak ada ramai kawan tapi...

jadi disebabkan itulah aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri
kalaulah aku tahu bila aku nak meninggal
paling kurang pun seminggu...
apa yang aku nak buat?
setelah penat berfikir barulah datangnya idea-idea bernas ni...

1)aku nak minta maaf pada semua orang terutama pada ibu ngn ayah aku
sebab sepanjang aku hidup ni aku rasa aku banyak susahkan mereka...
terutama pada ibu, angah nak minta maaflah banyak-banyak dari hujung rambut ke hujung kaki angah awal-awal lahir dah meneyakitkan ibu.Sorry sangat-sangat.
selain dari itu aku nak minta maaf pada kawan-kawan serta kenalan
terutama pada Dr Mardian Shah Omar dan ibrahim bin khalil
sebab banyak sakitkan hati mereka selama mengenali mereka
dan halalkan juga makan minum selama kita berkenalan...

2)aku nak tolong sesiapa saja yang dalam masalah
sebab bagi aku kekuatan aku terletaknya pada setiap senyuman manusia
bila aku nampak sesiapa saja senyum
aku akan berasa amat tenang dan bahagia
jadi aku akan berusaha buat semua orang ketawa atau paling susah hanya dengan sekadar senyum...

3)setelah selesai 2 perkara tersebut
aku ingin sentiasa berada disamping keluarga
menghitung hari-hari yang mendatang
tanpa gangguan ubat dari doktor atau pun gangguan dari hospital atau apa-apa jenis gangguan pun...
sepanjang menunggu malaikat maut datang
aku akan penuhkan hari-hari aku dengan beribadat kepada Allah
kerana bukan doktor mahupun ubat-ubat hospital yang mampu mengubah sesuatu keadaan itu...

aku rasa itu sajalah benda yang terakhir yang aku dapat fikir...
jadi kalau anda ada apa-apa idea yang sama bolehlah kongsi dengan aku
dan kalau ada apa-apa yang menyinggung hati semasa membaca artikal ini...
aku minta maaflah
tak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak

sekian
assalamualaikum selimutku
semoga ketemu lagi...

The s3LimuTkU...

Actually this blog is about my other side of life...the one that all of you don't see everydays...so just enjoy it and hope that this piece of @#$% that I wrote will bring your life a bit happier... ^__^"v

^__^"v

m3 n 0nLy m3

My Photo
s3LimuTku
fun+suck+happiness+stressful=my life ^_^"v
View my complete profile
s3LiMuTkU. Powered by Blogger.