3 saja benda yang aku ingin lakukan ^__^"v

Assalamualaikum,

wow lamalah juga rasanya tak mengarang dekat sini...
hihihi biasa la sibuk sikit dengan kem dan kerja MPP lagi
letih sangat-sangat tapi tetap ada masa untuk DOTA
hahaha

sebenarnya saja aku biarkan diri ni macam sibuk
sebab malas nak fikir pasal masalah-masalah yang datang...
aku pun macam manusia lain jugak
nak hidup bahagia nak enjoy nak ada ramai kawan tapi...

jadi disebabkan itulah aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri
kalaulah aku tahu bila aku nak meninggal
paling kurang pun seminggu...
apa yang aku nak buat?
setelah penat berfikir barulah datangnya idea-idea bernas ni...

1)aku nak minta maaf pada semua orang terutama pada ibu ngn ayah aku
sebab sepanjang aku hidup ni aku rasa aku banyak susahkan mereka...
terutama pada ibu, angah nak minta maaflah banyak-banyak dari hujung rambut ke hujung kaki angah awal-awal lahir dah meneyakitkan ibu.Sorry sangat-sangat.
selain dari itu aku nak minta maaf pada kawan-kawan serta kenalan
terutama pada Dr Mardian Shah Omar dan ibrahim bin khalil
sebab banyak sakitkan hati mereka selama mengenali mereka
dan halalkan juga makan minum selama kita berkenalan...

2)aku nak tolong sesiapa saja yang dalam masalah
sebab bagi aku kekuatan aku terletaknya pada setiap senyuman manusia
bila aku nampak sesiapa saja senyum
aku akan berasa amat tenang dan bahagia
jadi aku akan berusaha buat semua orang ketawa atau paling susah hanya dengan sekadar senyum...

3)setelah selesai 2 perkara tersebut
aku ingin sentiasa berada disamping keluarga
menghitung hari-hari yang mendatang
tanpa gangguan ubat dari doktor atau pun gangguan dari hospital atau apa-apa jenis gangguan pun...
sepanjang menunggu malaikat maut datang
aku akan penuhkan hari-hari aku dengan beribadat kepada Allah
kerana bukan doktor mahupun ubat-ubat hospital yang mampu mengubah sesuatu keadaan itu...

aku rasa itu sajalah benda yang terakhir yang aku dapat fikir...
jadi kalau anda ada apa-apa idea yang sama bolehlah kongsi dengan aku
dan kalau ada apa-apa yang menyinggung hati semasa membaca artikal ini...
aku minta maaflah
tak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak

sekian
assalamualaikum selimutku
semoga ketemu lagi...

The s3LimuTkU...

Actually this blog is about my other side of life...the one that all of you don't see everydays...so just enjoy it and hope that this piece of @#$% that I wrote will bring your life a bit happier... ^__^"v

^__^"v

m3 n 0nLy m3

My Photo
s3LimuTku
fun+suck+happiness+stressful=my life ^_^"v
View my complete profile
s3LiMuTkU. Powered by Blogger.