Senyum Itu Indah...

assalamualaikum
hye
lama rasanya tak update blog ni...emmm biasalah sibuk dengan tugasan yang tak pernah ada pun...
emmm pernah dengar tak pasal "people like to give others their things because when they die it's feel like they still remain in with them" ertinya orang yang rasa macam sudah sampai ajalnya selalunya akan berikan apa-apa jenis atau bentuk barang pun kepada orang yang mereka sayang kerana merasakan diri mereka selalu berada disamping orang yang disayangi walaupun sudah mati...


ungkapan ni aku dapat ketika aku sedang menonton cerita The Proposal...emmm granny said like that...bagi aku dalam sungguh maksudnya itu...dan aku juga percaya bahawa benda itu benar-benar berlaku...ini kerana bukanlah diri kita atau roh kita yang tertinggal didalam barang itu...tetapi sebenarnya adalah memori atau kenangan yang kita cipta bersama dengan orang yang tersayang...

ya memang benar...aku juga telah memberikan pelbagai jenis barang kepada orang yang aku sayang...antaranya hati...perasaan...keikhlasan...dan macam-macam lagi...ini aku lakukan kerana aku merasakan yang memori ketika aku bersama mereka itu akan kembali dan menemani hari-hari mereka tanpa aku...mungkin bagi sesetengah orang benda-benda seperti ini tidak penting...tapi bagi aku ini adalah salah satu benda yang dapat mengingatkan kita kepada si mati...segala kenangan manis atau pahit semasa bersama-sama menelusuri liku-liku hidup ini...

didalam kes ini akan terdapat pemberi dan penerima...pada awalnya aku suka kepada idea si pemberi...tetapi semenjak kebelakangan ini aku merasakan seperti ingin menjadi si penerima...bukanlah aku inginkan hadiah besar-besar atau mewah-mewah...tapi cukuplah dengan sekadar senyuman yang ikhlas yang datangnya dari hati...walaupun ianya hanyalah senyuman tetapi ianya jauh lebih berharga dari barang-barang yang mewah-mewah itu...kerana bagi aku senyum itu mudah untuk dilakukan tetapi ianya agak sukar apabila ianya dilahirkan dengan hati yang ikhlas...tidak semua orang boleh senyum...tapi kita dilahirkan kedunia ini dilambangkan sebagai kain yang putih...jadi apalah salahnya jika kita mencorakkan muka 'smiley' keatas kain yang putih itu...

jadi aku menyerulah kepada semua orang-orang yang membaca...aku meminta serta merayu...senyumlah...kerana senyum itu dapat melembutkan hati yang sedang luka...marah...dan lain-lain perasaan negative...buangkan perasaan negative itu jauh-jauh dan mulalah senyum...jika anda seorang yang tergolong dalam orang-orang yang susah untuk senyum...so tak salah untuk belajar sekarang...jika anda merasakan sesuatu yang menghalang anda dari berbuat demikian...lupakanlah sejenak perihal yang sudah berlalu...mulakan hidup baru dengan senyuman...

kepada kekasihku...terima kasih kerana sentiasa memberikan senyumanmu yang cukup manis itu...senyumanmu itulah penemanku ketika kerinduan...dan kepada adikku...senyumlah kerana apabila kita senyum banyak benda yang kita rasa mustahil untuk kita laksanakan akan dapat dilakukan...

rasanya sampai situ sajalah bingkisan hati aku buat saat ini...
semoga kita ketemu lagi s3limutku

assalamualaikum
bye
^__^"v

FyDo

1 komen:

sitinoraishah_90 June 9, 2011 at 11:38 PM  

thank u...kerna memuji syer....suker sgt2.....

The s3LimuTkU...

Actually this blog is about my other side of life...the one that all of you don't see everydays...so just enjoy it and hope that this piece of @#$% that I wrote will bring your life a bit happier... ^__^"v

^__^"v

m3 n 0nLy m3

My Photo
s3LimuTku
fun+suck+happiness+stressful=my life ^_^"v
View my complete profile
s3LiMuTkU. Powered by Blogger.